Negara kita iaitu,Malaysia yang terdiri daripada berbilang
kaum telah mendorong pelbagai jenis perayaan disambut setiap tahun.Sebagai
contoh,Hari Awal Muharram,Hari Chap Goh Mei,Hari Kuih Bulan,Cheng Beng,Hari
Wesak,Hari Thaipusan,Hari Natal atau Hari Krismas dan sebagainya.Perayaan yang
dianggap paling utama merangkumi Hari Raya Aidilfitrri,Tahun Baru Cina dan Hari
Deepavali.
Hari Raya Aidilfitri biasanya diraikan oleh umat islam pada
hari pertama bulan Syawal.Hari Raya Aidilfitri melambangkan tamatnya bulan
Ramadan serta mulanya bulan Syawal.Selepas selama sebulan berpuasa,umat islam
akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh meriah.Zakat wajib dijelaskan
oleh umat islam sebelum 1 Syawal.
Pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri,umat islam akan
berkumpul di masjid untuk bersembahyang.Umat islam akan berpakaian tradisional
untuk menunjukkan keistimewaan peristiwa yang dirayakan.Lelaki akan berpakaian
baju Melayu berserta songkok dan perempuan pula berpakaian baju kurung.Pada
pagi Hari Aidilfitri,umat islam akan mengadakan sarapan pagi bersama-sama
dengan kesemua ahli keluarga.

Selepas itu,umat islam akan pergi perkuburan di mana tempat orang dikasihi yang sudah meninggal dunia dikembumikan.Seterusnya,umat islam akan bersembahyang kepada Allah.Selain itu,umat islam yang lebih muda akan minta maaf daripada yang lebih tua untuk kesalahan yang telah dilakukan sepanjang tahun yang lalu.Rumah terrbuka juga diadakan untuk saudara mara,sahabat handai,rakan-rakan serta jiran untuk saling mengunjungi tanpa mengira kaum.Dengan ini,hubungan silaturahim turut bertambah erat.

Pada hari kedua Tahun Baru Cina,masyarakat cina akan
mengunjungi kawan-kawan,saudara mara,jiran-jiran dan sebagainya.Kebiasaannya,kata-katayang
bertanda baik akan dinyatakan.Selain itu,'ang pau' turut diberi oleh pasangan
berkahwin kepada individu yang belum berkahwin.

Pada pagi Hari Deepavali,penganut Hindu akan menjalani mandi
minyak yang melambangkan cucian badan serta semangat iaitu,permulaan
baru.Selepas itu,upacara sembahyang di kuil akan diadakan.Penganut Hindu akan
mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan
bunga.Pada pintu masuk rumah penganutHindu,hiasan 'kolam' akan disediakan iaitu,hiasan
bungaan halus yang dilakarkan atas tanah yang biasanya diperbuat daripada
bijiran yang mempunyai pelbagai jenis warna akan diletakkan .Hiasan 'kolam'
melambangkan penyembahan dewa Lakshimi iaitu,Dewa kekayaan yang dipercayai
hanya akan mengunjungi rumah yang ada hiasan 'kolam' di pintu masuk.
No comments:
Post a Comment