Negara kita iaitu,Malaysia yang terdiri daripada berbilang
kaum telah mendorong pelbagai jenis perayaan disambut setiap tahun.Sebagai
contoh,Hari Awal Muharram,Hari Chap Goh Mei,Hari Kuih Bulan,Cheng Beng,Hari
Wesak,Hari Thaipusan,Hari Natal atau Hari Krismas dan sebagainya.Perayaan yang
dianggap paling utama merangkumi Hari Raya Aidilfitrri,Tahun Baru Cina dan Hari
Deepavali.
Hari Raya Aidilfitri biasanya diraikan oleh umat islam pada
hari pertama bulan Syawal.Hari Raya Aidilfitri melambangkan tamatnya bulan
Ramadan serta mulanya bulan Syawal.Selepas selama sebulan berpuasa,umat islam
akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh meriah.Zakat wajib dijelaskan
oleh umat islam sebelum 1 Syawal.
Pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri,umat islam akan
berkumpul di masjid untuk bersembahyang.Umat islam akan berpakaian tradisional
untuk menunjukkan keistimewaan peristiwa yang dirayakan.Lelaki akan berpakaian
baju Melayu berserta songkok dan perempuan pula berpakaian baju kurung.Pada
pagi Hari Aidilfitri,umat islam akan mengadakan sarapan pagi bersama-sama
dengan kesemua ahli keluarga.
Selepas itu,umat islam akan pergi perkuburan di mana tempat orang dikasihi yang sudah meninggal dunia dikembumikan.Seterusnya,umat islam akan bersembahyang kepada Allah.Selain itu,umat islam yang lebih muda akan minta maaf daripada yang lebih tua untuk kesalahan yang telah dilakukan sepanjang tahun yang lalu.Rumah terrbuka juga diadakan untuk saudara mara,sahabat handai,rakan-rakan serta jiran untuk saling mengunjungi tanpa mengira kaum.Dengan ini,hubungan silaturahim turut bertambah erat.
Selepas itu,umat islam akan pergi perkuburan di mana tempat orang dikasihi yang sudah meninggal dunia dikembumikan.Seterusnya,umat islam akan bersembahyang kepada Allah.Selain itu,umat islam yang lebih muda akan minta maaf daripada yang lebih tua untuk kesalahan yang telah dilakukan sepanjang tahun yang lalu.Rumah terrbuka juga diadakan untuk saudara mara,sahabat handai,rakan-rakan serta jiran untuk saling mengunjungi tanpa mengira kaum.Dengan ini,hubungan silaturahim turut bertambah erat.
Semalam Sebelum Tahun Baru Cina,semua sanak saudara yang
jauh mahupun yang dekat akan berkumpul bersama untuk makan malam.Pada malam
itu,masyarakat cina biasanya akan bersembang sesama saudara mara yang sudah
lama tidak berjumpa sehingga tengah malam.Kemeriahan setiap keluarga cina
memang dapat dirasai pada malam itu.Pada pukul tepat 12:00am,mercun akan
dibunyikan.Masyaarakat cina akan bersembahyang untuk menyambut kedatangan Tahun
Baru Cina.Pada pagi hari pertama Tahun Baru Cina,masyarakat cina akan keluar
bersama-sama dengan ahli keluarga untuk bersembahyang dan nenek moyang di
kawasan perkuburan.
Terdapat pelbagai jenis pantang-larang yang diamalkan oleh
masyarakat cina pada hari pertama Tahun Baru Cina.Sebagai contoh,masyarakat
cina tidak dibenarkan untuk menyapu lantai pada hari pertama Tahun Baru
Cina.Hal ini demikian kerana perbuatan itu dipercayai akan menyapu keluar semua
kekayaan yang mengunjungi rumah itu.Selain itu,pinggan mangkuk turut cuba
dielakkan daripada dipecahkan.Hal ini disebabkan oleh pecahan pimggan mangkuk
merupakan tanda yang tidak baik untuk keluarga itu.
Pada hari kedua Tahun Baru Cina,masyarakat cina akan
mengunjungi kawan-kawan,saudara mara,jiran-jiran dan sebagainya.Kebiasaannya,kata-katayang
bertanda baik akan dinyatakan.Selain itu,'ang pau' turut diberi oleh pasangan
berkahwin kepada individu yang belum berkahwin.
Dari segi Hari Deepavali pula,perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan 'Dipa'(bererti cahaya) dan perkataan 'Gavali'(bererti
barisan).Hari Deepavali adalah disambut oleh penganut Hindu di seluruh
dunia pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam
kalender Tamil,juga dikenali sebagai Pesta Cahaya.'Pesta Cahaya' melambangkan
kemenangan kebaikan ke atas kejahatan dalam diri setiap insan,satu perjuangan
yang kita hadapi setiap hari.Hari
Deepavali yang menjadi masanya bagi kesemua insan untuk meraikan
kejayaan yang dicapai itu.Hari Deepavali
adalah hari cuti di Malaysia memandangkan hari perayaan ini merupakan hari
perayaan yang utama di negara kita Malaysia.
Pada pagi Hari Deepavali,penganut Hindu akan menjalani mandi
minyak yang melambangkan cucian badan serta semangat iaitu,permulaan
baru.Selepas itu,upacara sembahyang di kuil akan diadakan.Penganut Hindu akan
mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan
bunga.Pada pintu masuk rumah penganutHindu,hiasan 'kolam' akan disediakan iaitu,hiasan
bungaan halus yang dilakarkan atas tanah yang biasanya diperbuat daripada
bijiran yang mempunyai pelbagai jenis warna akan diletakkan .Hiasan 'kolam'
melambangkan penyembahan dewa Lakshimi iaitu,Dewa kekayaan yang dipercayai
hanya akan mengunjungi rumah yang ada hiasan 'kolam' di pintu masuk.
No comments:
Post a Comment